September 27, 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum & Bismillah


Alahamdulillah dah tiga minggu menjalani kembali fasa sebagai pelajar. hewhew tapi kalau dulu diploma sekarang dah ijazah. syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk watif sambung belajar. hrmmm for now tengah pikiaq macam mana nak score. walaupun dulu waktu diploma dah belajar tapi bila masuk degree jadi macam tak penah belajar pulak. haahaa (nampak tak belajar cuma untuk pass exam memang macam tu la awatif oiii) awatif, kau dah boleh betukan niat tuh. huhuhu

Dahhh tutup cerita pasal yang tu sekarang nak cerita tentang campus life pulak. hahaha. Alhamdulillah aku selamat mendaftar sebagai pelajar dekat UiTM Machang tiga minggu lepas. hewhewhew baru sekarang nak update kan. hehehe tak apa asalkan update kat diary comey ku ini. hahaha. Alahamdulillah dekat je dengan rumah. tiap-tiap minggu watif balik walaupun untuk sehari. macam semalam (Khamis) pecut balik jap dan hari ni (Jumaat) dah nak kena pegi machang balik sebab malam ni ada module nak kena attend. huahahaha adat la kan bila dah rumah dekat. dekat dekat pun dalam sejam jugak la. hahaha

Course pulak tentunya dapat course watif bukan letak for the first choice. hahaha tak ada rezeki kan tak apa la dapat yang ni belajar je la. watif dapat course Office System Management atau sekarang ni UiTM dah tukar rasanya jadi Administrative System Management. walaupun tak dapat buat transfer credit untuk banyak subjek yang sebelum ni dah amik waktu diploma hidup masih perlu di teruskan dan amik lagi subjek tu sem depan. oh nooo tau tau la kan bila kita dah belajar lagi sekali subjek yang pernah kita belajar tu ibarat teettttt..  hahaha lagi-lagi subjek tu memang killer paper fuhhhhh waktu diploma dulu pun nangis- nangis waktu study subjek subjek ni. tiap-tipa hari call mama ngadu kat mama. hehehe.

Okeh la rasanya cukup dulu mengomel kat sini hari ni. insyaAllah ada masa terupdatelah blog kesayangan hamba ini.

tapi nak jugak tepek satu gambar kat sini...hehehehe nahhhhh


my roomate nurul, farah, aku. abaikan keboollaaattan aku. optsss ada lagi sorg, syifa dia tak ada dalam gambar ni sebab dia snap pichaa ni..hehehe nanti aku introduce okeh! hehehe





byebye
Assalamualaikum and have a nice weekend!














a w a t i f a z i z i

September 7, 2013

Segmen Sabty By Emas Putih & Dedeq

Assalamualaikum & Bismillah


Malam ni join segment je kerjanyakan awatif..teheee..tak ape, tak salah kan support blogger lain ^_^





*MAXIS*

Hadiah : Topup RM5 x 15 Pemenang

Tarikh Tamat : 08 Sept 2013 , 11:59pm (24 Jam Sahaja)



--done--



byebye
assalamualaikum






a w a t i f a z i z i

Review Blog 2.0 By Sheila Salim

Assalamualaikum & Bismillah


Baiklah..dah bersedia nak direview dan dikritik. Ada sapa-sapa nak join tak???haa boleh picit banner kat bawah ni yer..






--done--


byebye
assalamualaikum






a w a t i f a z i z i

Segment URL Blog/ URL Entry by Yumida

Assalamualaikum & Bismillah


Dah berkurun lamanya tak join segment ni.hehe al-maklumla kekangan masa yag terlampau mencemburui kita..hehehe malam ni sesaja berblog-walking pastu terpikat pulak nak join segment yang di anjurkan oleh cik Yumida.


nak join picit banner tu tau..


**banner pun omey-omey aje..hehe






take care semua
byebye
assalamualaikum









a w a t i f a z i z i

Bakal Dirindui

assalamualaikum & bismillah

*amaran*
entry ini mugkin akan mengandungi gambar yang terlalu banyak atau menjadi terlalu panjang --


Tajuk memang jiwang tahap karat patbelaskali.haha lets proceed apa yang sebenarnya watif nak cerita.

Alhamdulillah, akhirnya watif berjaya habiskan diploma selama tiga tahun dekat KPTM Bangi. Memang banyak la kenangan kalau nak citer kat sini patpuloh hari belum tentu habis kahkahkah. Rindu yang amat kat member yang sama study kat sana dulu.

Personally watif rasa memang banyak yang manis dari yang pahit rasanya. hahaha. As a student haruslah yang pahit tu adalah bila assignment bertimbun-timbun and nak kejar date line. biasala awal-awal ni bukannya nak buat , bila due date tu dah esok lusa baru la tergopoh gapah nak siakan..hahaha *jangan buat macam tu yer adik-adik* hehehe Kalau tak ada yag manis tak adanya berat watif naik 10kg tau dalam masa 3 tahun ni..kahkahkah.. good job AWATIF (sekarang amek kau nak turunkan macam mana..nasib nasib)

Bermula lah entry gambar..hahaha yang ni aku amek random je tau.



yang ni masih lagi dalam minggu perkenalan atau orientasi



waktu ni muka lahaiiiii...berjurus gler semua..hahaha



haa..yang ni malam buat bbq kat rumah member kat sg ramal. main game suap-suap makanan rasanya..kalau tak salah laa..

seterusnya yang kat bawah ni trip pergi melaka untuk siakan assignment subjek HPD. Memang terlajak best tau bila pergi trip ni esspecially bila pegi reramai. tak salah watif dua bijik bas rasanya waktu ni.



 with si panjang rasywan dan si cantik meera



haa..yang muka tak berapa garang ni lecture HPD aku. 
sempoi + lemah lembut + sporting = mdm memang besttttt..hahaha

bila dan mengenjak dewasa ini, dah pandai duduk umah sewa tau. Bila dah duduk rumah sewa pandai la pulak keluar rumah waktu malam, lepak mamak la, lepak kat padang perbandaran putrajaya la, hahah..


si manis sopan santun duduk di tengah-tengah jejaka terhangatttt..hehehe


yang ni malam anugerah dekan. Alhamdulillah dapat jugak buat balik gantung kat rumah..kahkahkah.



besau nau aku tepek gambar kat sini..haha yang ni dah part 6 tapi muka still kiut miut lagi *kalau korang baca sila jangan kembang ya*


malam sebelum kami berpisah. Bila la nak jumpa lagi korang semua nih.

**untuk yang berjaya sambung degree aku ucapkan tahniah dan semoga korang success selalu, jangan la lupakan aku kat sini ni..weee~





p/s : bila aku buat entry ni rasa rindu sangat kat korang.




have a nice day :)
bye bye
assalamualaikum.

**next entry insyaallah #hidupbaru







a w a t i f a z i z i

September 1, 2013

Yang mana menjadi pilihan hati

Assalamualaikum & Bismillah


haaa..dah lama tak update pasal personol kat sini. rindu pulak rasanya hewhew.. rasa macam-macam nak update dekat sini tapi tak sempattttt. (ok itu alasan!) hahaha

sekarang muka ni macam tak terjaga la pulak rasanya. nak tepek mask malas, nak pakai night cream pun malas, nak pakai bb cream pun malas, nak pakai toner pun malas dan yang paling penting nak cuci muka pun rasa malas.. kahkahkah (ni dah tahap melampau ok!) almaklumla sekarang ni dok umah je sementara nak sambung study insyaallah bulan 9 nie so, tahap malas gaban ni dah terpupuk selama lebih kurang 5 bulan dekat rumah.

now watif tengah survey rangkaian penjagaan muka yang mudah, senang, dan yang paling penting praktikal dalam kehidupan seharian kita. sebabnya nanti kalau nak pegi memana senang nak taruk dalam handbag or travel bag..kihkihkih (nampak tak yang aku ni pemalas tahap gaban tapi nak muka cantik)

muka watif ni jenis combination plus tona tak sekata dan plus plus. hahaha sebenarnya takde la teruk mana pun cuma jerawat tu je menggatal nak tumbuh time pms dan berminyak tu memang ada la kan. agak-agak goreng telur pun lepas ni. melampauuuuu!! hahaha

survey punya survey ada la product yang menabat hati ini phewww..

satu


yang ni memang memenuhi apa yang watif nak la sebab brand ni dia ada 2 product je yakni cleanser and serum tapi serum dia ada tiga jenis yakni yang mana ak kekal muda boleh pakai age defying serum, yang mana nak hapus jerawat tu boleh pakai acne reduction dan yang mana nak nak putih melepak boleh pakai extra whitening. ikutlah kesesuian kulit anda. harga pun sangat berpatutan.

kedua

ada la watif tgk kat ig sekarang ni banyak orang jual product flawless rasanya. yang harga RM70 tu. maaf la lupa nak amek gambau..kihkihkih product tu ada sabun cuci muka, day cream dan night cream. effect yang kita boleh lihat memang akan jadi putih la jerawat pun tak nak naik dah kat muka. hrmmmm




ok, itu je lah untuk hari ni, still survey product-product lain lagi. ^_^

bye, assalamualaikum ;)






p/s : kalau siapa-siapa ada product yang nak suggest boleh je. hrmm rasaya macam nak yang tu tapi teringin yang ni..kahkahkah






a w a t i f a z i z i