November 28, 2013

Cerita Kehidupan

Assalamualaikum & Bismillah

Alhamdulillah terupdate jugak hari ni blog ni..phewww..hahaha. In Shaa Allah lagi ompek minggu nak final. Rasa memang sekejap je, tup tup dah nak habis satu sem. hahaha. tapppiii bila dah akhir-akhir sem ni memang terasa macam lambat gilos nak perabih sampai final.

Yeala, mana tak terasa lambanya bila semua subjek nak kena submit individual assignment, group assignment la dan macam-macam lagi lah. tuu tak termasuk presentation lagi. hohoho dengan test dan quiz yang tak buat lagi la, nak kena berlakon la untuk subjek arab hrmmm..banyak sangat nak kena settle dalam masa dua minggu ni. moga-moga Allah bagi kekuatan kat aku.Ameen.

Kadang-kadang terasa jugak nak give up. Yup. memang betol. terasa sangattttttttt. terasa macam takleh nak carry course ni. menangis tu perkara biasa, mengadu pun perkara biasa. hahaha sampai berserah aku redha je lah apa-apa pun. whoooo.

sekarang ni aku just follow the flow. Buat je assignment yang lecture bagi, jawab je test atau kuiz yang lecture buat, berlakon je apa seperti yang di suruh dan aku present je apa yang aku tahu. In Shaa Allah lagi dua tahun tamat lah penderitaan ni..aku mahu tamatkan semua ini mengikut masa yang ditetapkan ~ AMEEN

Kadang-kadang kita tak tahu ada hikmah sebalik semua yang terjadi atau yang telah ditentukan oleh Allah, dan watif  percaya apa yang Allah tentukan itu ada sebaik-baik perancangan.

hrmmm...sampai sini dulu lah untuk hari ini. In Shaa Allah diary comel ini akan berupdate lagi..






byebye
Assalamualaikum ;)
















a w a t i f a z i z i

September 27, 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum & Bismillah


Alahamdulillah dah tiga minggu menjalani kembali fasa sebagai pelajar. hewhew tapi kalau dulu diploma sekarang dah ijazah. syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk watif sambung belajar. hrmmm for now tengah pikiaq macam mana nak score. walaupun dulu waktu diploma dah belajar tapi bila masuk degree jadi macam tak penah belajar pulak. haahaa (nampak tak belajar cuma untuk pass exam memang macam tu la awatif oiii) awatif, kau dah boleh betukan niat tuh. huhuhu

Dahhh tutup cerita pasal yang tu sekarang nak cerita tentang campus life pulak. hahaha. Alhamdulillah aku selamat mendaftar sebagai pelajar dekat UiTM Machang tiga minggu lepas. hewhewhew baru sekarang nak update kan. hehehe tak apa asalkan update kat diary comey ku ini. hahaha. Alahamdulillah dekat je dengan rumah. tiap-tiap minggu watif balik walaupun untuk sehari. macam semalam (Khamis) pecut balik jap dan hari ni (Jumaat) dah nak kena pegi machang balik sebab malam ni ada module nak kena attend. huahahaha adat la kan bila dah rumah dekat. dekat dekat pun dalam sejam jugak la. hahaha

Course pulak tentunya dapat course watif bukan letak for the first choice. hahaha tak ada rezeki kan tak apa la dapat yang ni belajar je la. watif dapat course Office System Management atau sekarang ni UiTM dah tukar rasanya jadi Administrative System Management. walaupun tak dapat buat transfer credit untuk banyak subjek yang sebelum ni dah amik waktu diploma hidup masih perlu di teruskan dan amik lagi subjek tu sem depan. oh nooo tau tau la kan bila kita dah belajar lagi sekali subjek yang pernah kita belajar tu ibarat teettttt..  hahaha lagi-lagi subjek tu memang killer paper fuhhhhh waktu diploma dulu pun nangis- nangis waktu study subjek subjek ni. tiap-tipa hari call mama ngadu kat mama. hehehe.

Okeh la rasanya cukup dulu mengomel kat sini hari ni. insyaAllah ada masa terupdatelah blog kesayangan hamba ini.

tapi nak jugak tepek satu gambar kat sini...hehehehe nahhhhh


my roomate nurul, farah, aku. abaikan keboollaaattan aku. optsss ada lagi sorg, syifa dia tak ada dalam gambar ni sebab dia snap pichaa ni..hehehe nanti aku introduce okeh! hehehe





byebye
Assalamualaikum and have a nice weekend!














a w a t i f a z i z i

September 7, 2013

Segmen Sabty By Emas Putih & Dedeq

Assalamualaikum & Bismillah


Malam ni join segment je kerjanyakan awatif..teheee..tak ape, tak salah kan support blogger lain ^_^





*MAXIS*

Hadiah : Topup RM5 x 15 Pemenang

Tarikh Tamat : 08 Sept 2013 , 11:59pm (24 Jam Sahaja)



--done--



byebye
assalamualaikum






a w a t i f a z i z i

Review Blog 2.0 By Sheila Salim

Assalamualaikum & Bismillah


Baiklah..dah bersedia nak direview dan dikritik. Ada sapa-sapa nak join tak???haa boleh picit banner kat bawah ni yer..






--done--


byebye
assalamualaikum






a w a t i f a z i z i

Segment URL Blog/ URL Entry by Yumida

Assalamualaikum & Bismillah


Dah berkurun lamanya tak join segment ni.hehe al-maklumla kekangan masa yag terlampau mencemburui kita..hehehe malam ni sesaja berblog-walking pastu terpikat pulak nak join segment yang di anjurkan oleh cik Yumida.


nak join picit banner tu tau..


**banner pun omey-omey aje..hehe






take care semua
byebye
assalamualaikum









a w a t i f a z i z i

Bakal Dirindui

assalamualaikum & bismillah

*amaran*
entry ini mugkin akan mengandungi gambar yang terlalu banyak atau menjadi terlalu panjang --


Tajuk memang jiwang tahap karat patbelaskali.haha lets proceed apa yang sebenarnya watif nak cerita.

Alhamdulillah, akhirnya watif berjaya habiskan diploma selama tiga tahun dekat KPTM Bangi. Memang banyak la kenangan kalau nak citer kat sini patpuloh hari belum tentu habis kahkahkah. Rindu yang amat kat member yang sama study kat sana dulu.

Personally watif rasa memang banyak yang manis dari yang pahit rasanya. hahaha. As a student haruslah yang pahit tu adalah bila assignment bertimbun-timbun and nak kejar date line. biasala awal-awal ni bukannya nak buat , bila due date tu dah esok lusa baru la tergopoh gapah nak siakan..hahaha *jangan buat macam tu yer adik-adik* hehehe Kalau tak ada yag manis tak adanya berat watif naik 10kg tau dalam masa 3 tahun ni..kahkahkah.. good job AWATIF (sekarang amek kau nak turunkan macam mana..nasib nasib)

Bermula lah entry gambar..hahaha yang ni aku amek random je tau.



yang ni masih lagi dalam minggu perkenalan atau orientasi



waktu ni muka lahaiiiii...berjurus gler semua..hahaha



haa..yang ni malam buat bbq kat rumah member kat sg ramal. main game suap-suap makanan rasanya..kalau tak salah laa..

seterusnya yang kat bawah ni trip pergi melaka untuk siakan assignment subjek HPD. Memang terlajak best tau bila pergi trip ni esspecially bila pegi reramai. tak salah watif dua bijik bas rasanya waktu ni.



 with si panjang rasywan dan si cantik meera



haa..yang muka tak berapa garang ni lecture HPD aku. 
sempoi + lemah lembut + sporting = mdm memang besttttt..hahaha

bila dan mengenjak dewasa ini, dah pandai duduk umah sewa tau. Bila dah duduk rumah sewa pandai la pulak keluar rumah waktu malam, lepak mamak la, lepak kat padang perbandaran putrajaya la, hahah..


si manis sopan santun duduk di tengah-tengah jejaka terhangatttt..hehehe


yang ni malam anugerah dekan. Alhamdulillah dapat jugak buat balik gantung kat rumah..kahkahkah.



besau nau aku tepek gambar kat sini..haha yang ni dah part 6 tapi muka still kiut miut lagi *kalau korang baca sila jangan kembang ya*


malam sebelum kami berpisah. Bila la nak jumpa lagi korang semua nih.

**untuk yang berjaya sambung degree aku ucapkan tahniah dan semoga korang success selalu, jangan la lupakan aku kat sini ni..weee~





p/s : bila aku buat entry ni rasa rindu sangat kat korang.




have a nice day :)
bye bye
assalamualaikum.

**next entry insyaallah #hidupbaru







a w a t i f a z i z i

September 1, 2013

Yang mana menjadi pilihan hati

Assalamualaikum & Bismillah


haaa..dah lama tak update pasal personol kat sini. rindu pulak rasanya hewhew.. rasa macam-macam nak update dekat sini tapi tak sempattttt. (ok itu alasan!) hahaha

sekarang muka ni macam tak terjaga la pulak rasanya. nak tepek mask malas, nak pakai night cream pun malas, nak pakai bb cream pun malas, nak pakai toner pun malas dan yang paling penting nak cuci muka pun rasa malas.. kahkahkah (ni dah tahap melampau ok!) almaklumla sekarang ni dok umah je sementara nak sambung study insyaallah bulan 9 nie so, tahap malas gaban ni dah terpupuk selama lebih kurang 5 bulan dekat rumah.

now watif tengah survey rangkaian penjagaan muka yang mudah, senang, dan yang paling penting praktikal dalam kehidupan seharian kita. sebabnya nanti kalau nak pegi memana senang nak taruk dalam handbag or travel bag..kihkihkih (nampak tak yang aku ni pemalas tahap gaban tapi nak muka cantik)

muka watif ni jenis combination plus tona tak sekata dan plus plus. hahaha sebenarnya takde la teruk mana pun cuma jerawat tu je menggatal nak tumbuh time pms dan berminyak tu memang ada la kan. agak-agak goreng telur pun lepas ni. melampauuuuu!! hahaha

survey punya survey ada la product yang menabat hati ini phewww..

satu


yang ni memang memenuhi apa yang watif nak la sebab brand ni dia ada 2 product je yakni cleanser and serum tapi serum dia ada tiga jenis yakni yang mana ak kekal muda boleh pakai age defying serum, yang mana nak hapus jerawat tu boleh pakai acne reduction dan yang mana nak nak putih melepak boleh pakai extra whitening. ikutlah kesesuian kulit anda. harga pun sangat berpatutan.

kedua

ada la watif tgk kat ig sekarang ni banyak orang jual product flawless rasanya. yang harga RM70 tu. maaf la lupa nak amek gambau..kihkihkih product tu ada sabun cuci muka, day cream dan night cream. effect yang kita boleh lihat memang akan jadi putih la jerawat pun tak nak naik dah kat muka. hrmmmm




ok, itu je lah untuk hari ni, still survey product-product lain lagi. ^_^

bye, assalamualaikum ;)






p/s : kalau siapa-siapa ada product yang nak suggest boleh je. hrmm rasaya macam nak yang tu tapi teringin yang ni..kahkahkah






a w a t i f a z i z i

August 30, 2013

Open order for Shiseido Mask dan Eye Mask


assalamualaikum & bismillah


Hye laling-laling semua, sekarang ni macam-macam mask yang ada kat pasaran tapi mask yang tetap mendapat tempat di hati watif adalah mask dari Shiseido Japan. Watif dah try tiga mask shiseido yakni black, white dan naturgo. Hari tu dah cerita secoet pasal mask ni kat SINI so boleh pergi sana untuk review ^_^

Tapi untuk kali ini watif nak cerita sikit tentang eye mask. Kepada  sesiapa yang selalu tidur lambat atau yang selalu mengadap komputer/laptop ni sangat sesui la kan. hehe. atau dengan kata yang lebih specific STUDENT hewhew. 

Sebenarnya watif pun tergolong dalam golongan yang ada masalah eyebag ni. Sebab kadang-kadang tidur tu bukannya awal pun. Biasalah remajakan jadi burung hantu pulak malam-malam kehkeh. Oleh itu Watif dah jumpa jalan penyelesaiannya tau.. Haaaaaaaa nak tau padia

 jeng

jeng

jeng



White Collagen Crystal Eye Mask


Gold Collagen Crystal Eye Mask


tepek dulu gambar model yang cun ni.

Khasiat produk ni :

*Memberikan tambahan kolegen protein kepada kawasan sekitar mata
*menjadikan mata dan kulit berhampiran mata menjadi lebih sihat dan segar
*membantu mengurang dan merawat kesembapan bawah mata/eye-bag/matapanda (me!)
*mencegah kedutan
*merawat mata keletihan

Now! Baru tepek gambar sendiri kehkehkeh...

amek kauuuuu..tutup dengan towel pon boleyyyyy...hehehe

Sekarang watif nak open order untuk anda semua yang mana nak mencuba produk ni. Mai mai mai rapat order cepatttttt....hehe harga boley refer kat bawah ni ^_^


kepada yang nak try semua product ni pun boleh order by package -- macam kat bawah ni yer..



**siapa nak order boleh Whatsapp terus kat watif -- 017-9723412










p/s --> jom pakat-pakat comey blako deh ^_^










a w a t i f a z i z i

June 17, 2013

Surat Untuk Bakal Imamku

Bismillah & Assalamualaikum


Untuk bakal imamku,

Bakal makmum mu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang


Aku berharap
Allah telah mempertemukan kita
Ku harap kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Kau telah ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti aku tetap menjadi suri tauladan bagimu dan anak kita
Kerana

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah.Hanya ini mintaku.








a w a t i f a z i z i

May 26, 2013

Kembali Senyum (dalam kenangan)

assalamualaikum dan bismillah

sekarang ni dah jarang sangat update blog. tak tau la kenapa..huhu. mungkin tak ada cerita kot.huhu malam ni nak tulis pasal lagu Kembali Senyum :)

haa..tadi terbuka lagu ni kat incik youtube. nak nangis rasa tengok lepas tu tengok pulak bila Airil nyanyi kat Mania. tetibe air mata ni menggatal nak keluar..sebak~



ni part yang Airil nyanyi



dan ini yang Allahyarham Izwan Pilus nyanyi.


- Al-Fatihah-




-DONE-





 a w a t i f a z i z i

May 11, 2013

Shiseido Mask Made in Japan Original

assalamualaikum & bismillah

selamat hari minggu semua..hari ni nak update sikit pasal shiseido mask nih..haa..mask ni ada banyak jenis..ada black, white and naturgo..ni yang bacis la..yang lain next entry kita cerita..hehehe..alang-alang weekend nih jom shopping ngan watif.
daripada pengalaman sendiri la kan watif nih jenis yang ada blackhead and whitehead sekitar hidung dan bawah bibir..perasaan tu kan setiap kali pengang hidung rasa je nak picit,,kalau dah picit tu memang sakit la kan..tapi nak buat macam mana dah geram sangat..tiba suatu hari (ayat tak boleh blah) tergerak la hati ni nak try bendalah nih..first time pakai feeling2 macam kat spa or beauty care je..hehe..sebabnya :

* bau wangi je
* bila pakai rasa sejuk sangat

tunggu dalam 45 min untuk mask tu kering and then tarik buang..perghhhh memang terbaik lah kan..dia tarik semua tuu rasa licin jeh kulit ni..memang best and tak menyesal la guna..


 kalau yang warna hitam ni just untuk buang blackhead and whitehead di samping mengecilkan pori-pori dan menegangkan muka..

putih pulak function sama dengan yang hitam tapi plus lagi satu ada whitening..haaaa terbaik kan..

ni adalah yang naturgo..yang ni dia daa gabung terus yang hitam dan putih..so means all in one laa..haaaa..


 Orang yang harus menggunakan mask ini ialah :

1. Orang yang nak mengecilkan pori wajah 
2. Orang yang nak menanggalkan sel kulit mati. 
3. Orang yang nak mengawal minyak berlebihan. 
4. Orang yang nak mencerahkan kulit wajah

cara pemakaian : 

1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa.

2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (lagi mudah nak buang blackhead)

3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yg byk blackhead & whitehead. (Jauhkan dari terkena pd kening, bibir dan kawasan mata)

4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka.

5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering/keras.

6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead & whitehead melekat di mask.

7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.



jom harga promosi :

10 pcs = RM15
20 pcs = RM 25


* lagi banyak beli lagi murah dapat
* boleh campur dengan white, black and naturgo 

sesiapa yang berminat boleh terus order dengan watif boleh sms/whatspp di no 010-2642872 atau email terus ke awatifazizi@gmail.com


p/s : kalau nak keterangan yang lebih lanjut boleh ke page Beauty House  dan "like" terus..








a w a t i f a z i z i

April 27, 2013

Bila Dah Berhabuk


assalamualaikum...

Ya Allah dah lama sangat tak menaip kat sini. Ssegala rasa ada kekok, kaku jari jemari dan yang paling penting apa yang aku nak meraban dekat sinih..hahaha 

Sekarang watif dah habis diploma. Akhirnya penantian selama tiga tahun untuk habiskan diploma berjaya..hahaha syabas Awatif. tapi bosan pulak duduk kat umah je. Biasa la manusia sentiasa tak puas dekat apa yang mereka dapat and termasuklah SAYA hahaha. Masa belajar nak habis cepat bila dah habis ni bosan la, rindu nak balik sana la, macam-macam. heeee

Tiga tahun dekat bangi telah mendewasakan aku (ayat tak payah nak novel sgt la kan awatif..hehe). Pahit manis semua ada. Dekat sana la watif belajar cara macam mana nak hidup kat tempat orang dalam erti kata lain BERDIKARI. Hahaha , berdikari la sangat kan. Dekat sana la belajar jatuh cinta (ooiitttt orang suruh pegi belajar la bukan bercinta) biasa la itu kan lumrah manusia, mempunya rasa untuk mencintai dan dicintai. (Hahaha ayat memang backup habis nih) Tapi adik-adik jangan abaikan pelajaran tau.

Dekat sana lah aku dapat jumpa kawan dari merata-rata tempat termasuklah Sabah tau. Macam-macam jenis yang watif jumpa daripada yang baik gile sampai la yang jahat gile (jahat disini merujuk kepada nakal tau!) hahaha. Berhati-hati dalam memilih kawan tau uollsss.

Sekarang dah seminggu habis belajar dan start rasa rindu sangat kat member. Hahaa bila wassap dengan member still ada ayat bunga-bunga masa study dulu contoh macam ni :

 

Hahaha dulu masa belajar main-main buat mind map, bila lect mintak baru tak menang tangan nak buat semua subject tu, sekarang dah rindu nak buat mind map (walaupon aku la yg buat mind map plg ringkas.haaa)



Nohh, waktu zaman muda-mudi dulu hahaha. Waktu ni part 1, semua buakan main aktif lagi plus dengan hyper sekali tapi zaman dah berubah dan economy dah maju and kenapa tetibe cakap pasal economy pulak nie!!! Ish macam-macam...


Yang nih semuanya dah matang sebab dah part 6 haaa. Class yang paling ramai student adalah class kamiii!!!!hahaha


Dijemur panas terik mentari weeee....


 

Yang ni kena pergi site visit untuk subject Operation Management at Gardenia Factory. Rindu dekat Miss Nora.

"apa dia labu sayunggggg..."

"cekodok kau.."

itu adalah ayat yang pada kebiasaannya ditutrkan oleh Miss Nora sewaktu stress dengan kami..Hahaha..


Dan rindu nak buat assignment sampai pukol 6 pagi dekat McD..



Rasa macam cukup je dulu sebab kalau semua cerita kat entry ni nanti kat entry lain tak tau nak cerita apeh woott wwooottt....

Nanti sambung lagi kat entry lain pulak.......















a w a t i f a z i z i