August 29, 2012

Senyap atau Diam

assalamualaikum...

dah lama tak update blog ni...btw tak terlambat lagikan nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin andai watif ada tersalah cakap or perbuatan watif selama ni yang boleh buat anda-anda semua terasa..




now kita continue dengan entry yang bakal di update ni..(haha ayat daa agak merapu dah sikit, harap bersabar ya tuan puan semua..) siyesly kalau la sekarang ni boleh keluar semua dalam lappy ni watif nak menjerit sekuat hati. kalau la boleh ~ayat-ayat seterusnya ni maaf la kalau merapu + meraban ya kawan-kawan.

sebenarnya, hati ni macam rasa tak sedap je. ekceli macam-macam yang watif rasa. betol cakap orang nak jaga hati orang, hati kita dulu kena jaga. ni dah kenapa tetiba cakap soal hati pulak kan. haha abaikan..

ekceli watif ni sebenarnya jenis yang tak banyak cakap atau dengan kata mudah agak pendiam. watif ni kalau pergi ke tempat baru orang yang kena tegur dulu mungkin tu sebab orang cakap watif ni sombong walhal kalau dah kenal betol-betol korang akan rasa macam dah malas nak layan watif sebab banyak cakap sangat..haaa tu la beza kalau orang tu dah kenal dengan yang belom betul-betul kenal watif.

mungkin ni sifat negative yang ada pada diri watif. pada watif orang yang banyak cakap ni dia ada advantage kat situ. dia akan mudah nak bergaul dengan orang atau ramai orang akan suka dia even itu adalah first meet tambah pulak kalau orang tu lawa + comey. mungkin sebab watif ni bukan jenis yang banyak cakap sebab itu orang susah nak baik or rapat dengan watif. ketahuilah anda-anda semua yang watif ni sangat "peramah" tau!!! so, jom kawan!!!! haha ajak kawan macam ajak gaduh je kan watif ni. hehe ;)

nicekan jadi orang yang ada advantage macam tu. but watif bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat watif. mungkin Dia tak bagi watif kelebihan macam tu tapi dia bagi kelebihan dalam bentuk lain. 

kepada anda semua terima lah diri ini seadanya macam ni, saya nak kawan dengan semuaaaaa orang tau kalau boleh...
































a w a t i f a z i z i