April 9, 2012

Perempuan atau lelaki - sebijak mana kamu jauhi skandal???

assalamualaikum...

hari ni macam nak cerita tentang satu topik ni. tadi jalan-jalan dekat blog-blog member dan ada la satu article yang sangat-sangat menarik perhatian watif untuk baca dan memberi ulasan tentang topik berkenaan.mesti korang dah tau kan topik apa. jeng jeng jeng.



kepada pasangan yang bercinta kat luar sana tu. tak kesah la dalam status dalam fb in relationship ke married ke complicated ke kan yang penting kepada yang berpasangan, ayat di bawah ni mesti agak biasa kan bagi korang : 

"Ish. Sayang ni, Bie  dengan dia takde apa-apa la. Dia kawan je. Kami ambik gambar berdua bukan ada maksud lain pun. Sayang ni jelous tak bertempat la."

 atau

G : haa. abang keluar dengan siapa tadi???

B : abang keluar dengan kawan.

G : laki ke pompuan???

B : pompuan, tapi kami kawan je sayang".


hermm. macam mana akak-akak dan adik-adik sekalian???pernah tak dengar ayat yang macam di atas tu??waktu macam ni lelaki selalu cakap "abang kawan je la, bukannya ada pape pon, jangan nak cemburu buta boley tak??!!"

haa amek kow, kan dah kena cemburu buta. sebagai lelaki korang kena faham yang sifat cemburu ni memang sifat azali bagi kaum wanita. tambah lagi bila orang yang dia sayang rapat dengan perempuan lain. tapi, memang cemburu buta tu salah dan sebagai lelaki yang "yakinnya" berada di pihak yang benar, bagi tau la kat wanita tersebut jangan terlalu cemburu tapi ingat guna soft approch ok! dan terpulang kat wanita tersebut mahu percaya atau tak..

nak elakkan cemburu buta kaum wanita ni senang je wahai kaum adam sekalian, haa kalau nak elakkan cemburu buta, kena la elakkan skandal dulu. bukan nak cakap orang lelaki je yang ada skandal saya yakin pompuan pun ada jugak tapi ni la jalannya iaitu elakkan skandal tak kira la bagi pihak lelaki atau perempuan.

tapi sayangnya ramai diantara kita yang tak bijak. terus melayan semua orang baik lelaki mahu pun wanita. dan ada diantara mereka ni yang tak nak menjauhi skandalnya, tiap-tiap hari msg, tiap-tiap hari call, tiap-tiap hari jumpa. dia buat macam kekasih lak kan. dengan kekasih pun tak sekerap tu call, msg, apatah lagi jumpa. mereka semua ni menggunakan lesen :

"Dia tu kawan jer, takkan itu pun salah kot."

haa dan kalau nak yang lagi super duper advance :

"Ala skandal jer, takkan itu pun salah"

Dah la hangpa dok melayan orang lain. Pastu hangpa nak dia faham. Kalau dia still cemburu jugak, hangpa kata dia tak memahami pulak. Pergh, kejamnya dunia ini, eh silap, dunia tak kejam tetapi manusia yang kejam. Sebenarnya, sedar atau tak statement hangpa semua tu dah menyeksa hati pasangan hangpa secara tak langsung.

haa macam mana??jangan terkejut tapi itulah realitinya. ramai pasangan yang bergaduh besar tentang perkara macam ni, lelaki yang tak reti nak elak skandal dan perempuan yang tak habis-habis cemburu buta seterusnya hubungan retak dan break off.

untuk yang tak faham la perbezaan antara skandal dan kawan ni, haa skandal tu lebih kepada berhubungan dgn seseorang yg boleh dtgkan fitnah kepada kita. mana yang hebat tu, kawan pon boleh jadi skandal dia.

Berapa bijak anda semua jauhi skandal? Ukurlah sendiri. Jangan hanya tau salahkan pasangan kuat cemburu, kalau kamu sendiri tak pandai jauhi skandal! ingatlah walau pun kamu mendapat pasangan yang tak mudah cemburu bukan bermakna dia tiada hati dan perasaan.



 notatangan : saya punya hati dan saya punya perasaan, maka jagalah ia sebaik mungkin.




--DONE--






a w a t i f a z i z i

No comments: