April 5, 2012

i need you and i mean it

assalamualaikum...

baik lah, saya tak tahu macam mana nak mula. tapi saya rasa untuk dua tiga hari nie saya macam sedikit diabaikan (okeh sebenarnya banyak..huhu) jiwa saya kosong. awak tahu kenapa? sebab saya dah serahkan semuanya dekat awak.

saya tahan air di tubir mata ni untuk tidak merembas keluar tapi saya tak kuat awak..saya tak kuat..walaupun di mata awak saya nampak kuat tapi hakikatnya saya lemah dalam hal melibatkan perasaan..saya tak mintak banyak pun awak, saya cuma minta sedikit waktu daripada hari-hari awak untuk bersama saya..perasaan saya kadang-kadang mengatakan tentang hal *%#$@&*! tapi saya terpaksa berfikiran positive.

hanya awak yang selalu menjadi pendengar setia untuk saya.. terima kasih untuk itu, tapi saya sedar awak tak pernah bercerita kepada saya tentang masalah awak kan???asyik masalah saya je yang selalu menyesakkan fikiran awak tu..maafkan saya sebab terpaksa semakkan kepala awak dengan masalah saya.

kalaulah awak dapat rasa apa yang saya rasa. entah. susah nak terangkan. susah nak bagi awak faham. bila tiba part tu, saya dah mula kelu. taktahu nak jelas macam mana supaya awak faham. kalaulah saya boleh bagi hati saya pada awak.(sedikit pun jadilah). janji awak dapat rasa apa yang saya rasa. tapi tak boleh kan kan kan? saya harap sangat boleh.

seyesly, saya amat percayakan awak. rasa jeles mungkin makin berkurang kot (tapi saya rasa macam makin kuat..huhu).bukan sebab berkurangnya perasaan sayang, tapi tingginya tahap kepercayaan saya pada awak.tolong la jangan curang dan mainkan perasaan saya dan saya dah nekad, awak adalah yang terakhir. saya tak pernah main-main dalam hal yang melibatkan hati dan perasaan.

perasaan cinta, kasih dan sayang bukanlah kuantiti fizik. ia tidak boleh diukur, ditimbang dan dikira. tak ada unit yang boleh menunjukkan betapa panjangnya, betapa beratnya, betapa banyaknya kasih dan sayang saya pada awak. saya pun tak boleh nak luahkan betapa saya sayang awak. kalaulah kasih sayang itu boleh ditimbang, saya boleh katakan kepada awak " kasih sayang saya pada awak bertambah nampulohpatkilogram setiap saat" atau "rasa cinta saya pada awak meningkat dari paras lima meter kepada lapan meter" dah melebihi paras bahaya tuu tapi realitinya, ia tidak boleh diluahkan begitu. saya harap awak faham.


notatanganketulusan hati hanya boleh dilihat dengan hati juga. mata boleh berbohong tetapi hati tidak. awak dah cukup matang untuk menilai semua itu. kadang-kadang apa yang awak lihat, awak tengok, tak seperti yang awak rasa, awak agak, awak teka. percayalah. hati saya untuk awak. dan hanya awak :)




mood  : kucar kacir
current song : sudah cukup sudah by nirwana band


 --DONE--



a w a t i f a z i z i

2 comments:

nyna amani said...

Kita memang lemah dalam hal yang melibatkan perasaan kan..

Awatif Azizi said...

nyna amani > betol nyna..sangat sangat lemah..