April 11, 2012

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey

 assalamualaikum...

haa ekceli dah lama tak join segmen ni..tetibe lak hari ni rasa macam nak join so, tadi tengah-tengah dok blogwalking ada la satu segmen ni and watif decide tok join segmen ni..

 

 picit SINI kalau nak join
 tarikh last boleh join ialah : 17 April 2012


notatangan : harap-harap nanti boleh join lagi banyak segment yang di buat oleh rakan blogger yang lain.. =) support antara satu sama lain..




--DONE--








a w a t i f a z i z i

sudah cukup sudah by Nirwana band

 assalamualaikum dan selamat petang semua...

hari ni nak kongsi satu lagu dari negara seberang. kalau dari negara sebelah sekalipun but karyanya bagus why not kita sokong kan. bukan bermaksud watif tak sokong music tempatan tapi masih mencari lagu tempatan yang sedap didengar oleh telingaku ini. tak tahu lagu ni masih baru atau tidak but selalu juga dok dengar kat radio, so harap korang semua enjoy dengar lagu ni ok!

Sudah Cukup Sudah ini meceritakan tentang orang yang sudah berulang-ulang kali disakiti namun masih tetap sabar untuk mempertahankan hubungan cintanya, namun kesabaran itu ternyata tak bererti langsung. Hingga akhirnya pintu hatinya tertutup untuk membuka cinta dari orang yang telah meyakiti hatinya. 
 
 
 

 ini adalah keseluruhan lirik lagu ni..


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

ini sahaja untuk pada cuti umum hari ini =)




 --DONE--








a w a t i f a z i z i

April 9, 2012

Perempuan atau lelaki - sebijak mana kamu jauhi skandal???

assalamualaikum...

hari ni macam nak cerita tentang satu topik ni. tadi jalan-jalan dekat blog-blog member dan ada la satu article yang sangat-sangat menarik perhatian watif untuk baca dan memberi ulasan tentang topik berkenaan.mesti korang dah tau kan topik apa. jeng jeng jeng.



kepada pasangan yang bercinta kat luar sana tu. tak kesah la dalam status dalam fb in relationship ke married ke complicated ke kan yang penting kepada yang berpasangan, ayat di bawah ni mesti agak biasa kan bagi korang : 

"Ish. Sayang ni, Bie  dengan dia takde apa-apa la. Dia kawan je. Kami ambik gambar berdua bukan ada maksud lain pun. Sayang ni jelous tak bertempat la."

 atau

G : haa. abang keluar dengan siapa tadi???

B : abang keluar dengan kawan.

G : laki ke pompuan???

B : pompuan, tapi kami kawan je sayang".


hermm. macam mana akak-akak dan adik-adik sekalian???pernah tak dengar ayat yang macam di atas tu??waktu macam ni lelaki selalu cakap "abang kawan je la, bukannya ada pape pon, jangan nak cemburu buta boley tak??!!"

haa amek kow, kan dah kena cemburu buta. sebagai lelaki korang kena faham yang sifat cemburu ni memang sifat azali bagi kaum wanita. tambah lagi bila orang yang dia sayang rapat dengan perempuan lain. tapi, memang cemburu buta tu salah dan sebagai lelaki yang "yakinnya" berada di pihak yang benar, bagi tau la kat wanita tersebut jangan terlalu cemburu tapi ingat guna soft approch ok! dan terpulang kat wanita tersebut mahu percaya atau tak..

nak elakkan cemburu buta kaum wanita ni senang je wahai kaum adam sekalian, haa kalau nak elakkan cemburu buta, kena la elakkan skandal dulu. bukan nak cakap orang lelaki je yang ada skandal saya yakin pompuan pun ada jugak tapi ni la jalannya iaitu elakkan skandal tak kira la bagi pihak lelaki atau perempuan.

tapi sayangnya ramai diantara kita yang tak bijak. terus melayan semua orang baik lelaki mahu pun wanita. dan ada diantara mereka ni yang tak nak menjauhi skandalnya, tiap-tiap hari msg, tiap-tiap hari call, tiap-tiap hari jumpa. dia buat macam kekasih lak kan. dengan kekasih pun tak sekerap tu call, msg, apatah lagi jumpa. mereka semua ni menggunakan lesen :

"Dia tu kawan jer, takkan itu pun salah kot."

haa dan kalau nak yang lagi super duper advance :

"Ala skandal jer, takkan itu pun salah"

Dah la hangpa dok melayan orang lain. Pastu hangpa nak dia faham. Kalau dia still cemburu jugak, hangpa kata dia tak memahami pulak. Pergh, kejamnya dunia ini, eh silap, dunia tak kejam tetapi manusia yang kejam. Sebenarnya, sedar atau tak statement hangpa semua tu dah menyeksa hati pasangan hangpa secara tak langsung.

haa macam mana??jangan terkejut tapi itulah realitinya. ramai pasangan yang bergaduh besar tentang perkara macam ni, lelaki yang tak reti nak elak skandal dan perempuan yang tak habis-habis cemburu buta seterusnya hubungan retak dan break off.

untuk yang tak faham la perbezaan antara skandal dan kawan ni, haa skandal tu lebih kepada berhubungan dgn seseorang yg boleh dtgkan fitnah kepada kita. mana yang hebat tu, kawan pon boleh jadi skandal dia.

Berapa bijak anda semua jauhi skandal? Ukurlah sendiri. Jangan hanya tau salahkan pasangan kuat cemburu, kalau kamu sendiri tak pandai jauhi skandal! ingatlah walau pun kamu mendapat pasangan yang tak mudah cemburu bukan bermakna dia tiada hati dan perasaan.



 notatangan : saya punya hati dan saya punya perasaan, maka jagalah ia sebaik mungkin.




--DONE--






a w a t i f a z i z i

prefer long distance relationship

asaalamualaikum...







--DONE--







a w a t i f a z i z i

April 5, 2012

i need you and i mean it

assalamualaikum...

baik lah, saya tak tahu macam mana nak mula. tapi saya rasa untuk dua tiga hari nie saya macam sedikit diabaikan (okeh sebenarnya banyak..huhu) jiwa saya kosong. awak tahu kenapa? sebab saya dah serahkan semuanya dekat awak.

saya tahan air di tubir mata ni untuk tidak merembas keluar tapi saya tak kuat awak..saya tak kuat..walaupun di mata awak saya nampak kuat tapi hakikatnya saya lemah dalam hal melibatkan perasaan..saya tak mintak banyak pun awak, saya cuma minta sedikit waktu daripada hari-hari awak untuk bersama saya..perasaan saya kadang-kadang mengatakan tentang hal *%#$@&*! tapi saya terpaksa berfikiran positive.

hanya awak yang selalu menjadi pendengar setia untuk saya.. terima kasih untuk itu, tapi saya sedar awak tak pernah bercerita kepada saya tentang masalah awak kan???asyik masalah saya je yang selalu menyesakkan fikiran awak tu..maafkan saya sebab terpaksa semakkan kepala awak dengan masalah saya.

kalaulah awak dapat rasa apa yang saya rasa. entah. susah nak terangkan. susah nak bagi awak faham. bila tiba part tu, saya dah mula kelu. taktahu nak jelas macam mana supaya awak faham. kalaulah saya boleh bagi hati saya pada awak.(sedikit pun jadilah). janji awak dapat rasa apa yang saya rasa. tapi tak boleh kan kan kan? saya harap sangat boleh.

seyesly, saya amat percayakan awak. rasa jeles mungkin makin berkurang kot (tapi saya rasa macam makin kuat..huhu).bukan sebab berkurangnya perasaan sayang, tapi tingginya tahap kepercayaan saya pada awak.tolong la jangan curang dan mainkan perasaan saya dan saya dah nekad, awak adalah yang terakhir. saya tak pernah main-main dalam hal yang melibatkan hati dan perasaan.

perasaan cinta, kasih dan sayang bukanlah kuantiti fizik. ia tidak boleh diukur, ditimbang dan dikira. tak ada unit yang boleh menunjukkan betapa panjangnya, betapa beratnya, betapa banyaknya kasih dan sayang saya pada awak. saya pun tak boleh nak luahkan betapa saya sayang awak. kalaulah kasih sayang itu boleh ditimbang, saya boleh katakan kepada awak " kasih sayang saya pada awak bertambah nampulohpatkilogram setiap saat" atau "rasa cinta saya pada awak meningkat dari paras lima meter kepada lapan meter" dah melebihi paras bahaya tuu tapi realitinya, ia tidak boleh diluahkan begitu. saya harap awak faham.


notatanganketulusan hati hanya boleh dilihat dengan hati juga. mata boleh berbohong tetapi hati tidak. awak dah cukup matang untuk menilai semua itu. kadang-kadang apa yang awak lihat, awak tengok, tak seperti yang awak rasa, awak agak, awak teka. percayalah. hati saya untuk awak. dan hanya awak :)




mood  : kucar kacir
current song : sudah cukup sudah by nirwana band


 --DONE--



a w a t i f a z i z i