December 12, 2012

12.12.12

assalamualaikum...

alahai..lamanya x updated blog ni, cian kat dia..so hari ni saje-saje je menggatal nak updated sebab tak nak ketinggalan dengan tarikh 12.12.12 tuu..haha nanti kan dah tak jumpa daa tarikh tu..unless kalau la ada 13.13.13 haha..

so, kite cite pasal hari ni je la kan..haha..bangun pepagi lagi daa datang kolej pada hal kelas start kol 12 tapi pukol 8 daa terpacak kat kolej gara-gara nak siapkan assgmnt..haha..gler kentang kan huahaha..

bila settle daa sumer then pegi la masuk kelas yang pukol 12 tu dan jeng jeng jeng dapat berita gumbira yang lecture cakap kelas BATALLLL!!! haha..setepek kena.. now lepaking kat lab sambil taip entry and blogwalking..

lambatnya pukol 3 nak tunggu untuk next class..haha..harap-harap madam tu baik hati nak habis kelas awal sikit dari biasa..ketahuilah bahawasanya anak muridmu ini daa penat + ngantok sesangat ..haha..








notakaki : study untuk chapter 3 OM ja..haha


a w a t i f a z i z i

L.O.V.E


August 29, 2012

Senyap atau Diam

assalamualaikum...

dah lama tak update blog ni...btw tak terlambat lagikan nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin andai watif ada tersalah cakap or perbuatan watif selama ni yang boleh buat anda-anda semua terasa..




now kita continue dengan entry yang bakal di update ni..(haha ayat daa agak merapu dah sikit, harap bersabar ya tuan puan semua..) siyesly kalau la sekarang ni boleh keluar semua dalam lappy ni watif nak menjerit sekuat hati. kalau la boleh ~ayat-ayat seterusnya ni maaf la kalau merapu + meraban ya kawan-kawan.

sebenarnya, hati ni macam rasa tak sedap je. ekceli macam-macam yang watif rasa. betol cakap orang nak jaga hati orang, hati kita dulu kena jaga. ni dah kenapa tetiba cakap soal hati pulak kan. haha abaikan..

ekceli watif ni sebenarnya jenis yang tak banyak cakap atau dengan kata mudah agak pendiam. watif ni kalau pergi ke tempat baru orang yang kena tegur dulu mungkin tu sebab orang cakap watif ni sombong walhal kalau dah kenal betol-betol korang akan rasa macam dah malas nak layan watif sebab banyak cakap sangat..haaa tu la beza kalau orang tu dah kenal dengan yang belom betul-betul kenal watif.

mungkin ni sifat negative yang ada pada diri watif. pada watif orang yang banyak cakap ni dia ada advantage kat situ. dia akan mudah nak bergaul dengan orang atau ramai orang akan suka dia even itu adalah first meet tambah pulak kalau orang tu lawa + comey. mungkin sebab watif ni bukan jenis yang banyak cakap sebab itu orang susah nak baik or rapat dengan watif. ketahuilah anda-anda semua yang watif ni sangat "peramah" tau!!! so, jom kawan!!!! haha ajak kawan macam ajak gaduh je kan watif ni. hehe ;)

nicekan jadi orang yang ada advantage macam tu. but watif bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat watif. mungkin Dia tak bagi watif kelebihan macam tu tapi dia bagi kelebihan dalam bentuk lain. 

kepada anda semua terima lah diri ini seadanya macam ni, saya nak kawan dengan semuaaaaa orang tau kalau boleh...
































a w a t i f a z i z i

July 15, 2012

Already 20!!!

assalamuallaikum...

dah lama tak menulis ni..hehe dah macam hilang skill nak menulis tau..ok, since dah kena tegur tadi dek orang tu yang katanya agak peliks sbb watif daa lama tak update ..hehe sebenarnya nak sesangat update blog tapi tak tau la apa yang menghalang kan...ok tutup cita pasal tuu ea...

cerita pasal my birthday lak..13 July of this year i'm already 20 years old..no more angka 1 lagi kat depan dan watif mengaku yang watif akan rindui angka tuuu (ecece ye ye je)

watif nak ucap terima kasih sesangat kepada semua yang wish my birthday kat facebook, text, call atau pun cakap direct kat watif..thanks you so much much for doa2 kalian =) kalau nak tulis nama macam banyak je even you all memang deserve untuk dituliskan nama you all semua btw insyaallah next time ok (jgn kecik hati k!)

erm apa lagi ea,ok yang nie details sikit ucapan terima kasih tuu.. first haa to my baba thank you so much sbb sudi text kat anakanda mu ini untuk wish birthday tepat kol 12. sanggup tunggu kan...thanks baba, i love you so much, to my mama yang wish lambat ckit tuu sebab dah tertido awal, it's ok kan "tertido" kecian kat mama penat kan. thanks mama i love you so much...thanks jugaks kepada mama MIA sebab sudi wish =)

to adeks-adeks yang ada send msg dan ada yang col kat kakak watif mu ini, kakak sayangssssss kamoooooo...trimasss adeks-adeks ku sayangssss....

kepada kazenzz ku dan along MIA yg wish tuu thanks tau saya sayangz kamu...hehe...

dan last kepada MIA yang "paling" lambat wish but its ok sebab dia ada reason yang boleh diterima pakai dan watif faham akan itu...thanks awak sebab still wish kat saya walaupun lambat huhu... awak baca kan msg yg saya hantar malam tu?? "tak apa walaupun awak lupa nak wish tahun ni sebab saya nak hidup banyak lagi tahun dengan awak.(senang cite seumur hidup)" =)

tiba part yang sedih sikit la..sebab tahun nie tak dapat hadiah pun...huhu ada tak sape-sape yang sudi bagi???huhu

tapi takpe doa kalian pun sudah memadai (doa biaq yang baik-baik tau!!!)

lagi sekali watif nak ucapkan :

terima kasih
thank you
syukran
grastias
kamsamida
syukria
muchas gracias

kepada semua yang wish birthday watif...




 sincerely, 

a w a t i f a z i z i

April 11, 2012

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey

 assalamualaikum...

haa ekceli dah lama tak join segmen ni..tetibe lak hari ni rasa macam nak join so, tadi tengah-tengah dok blogwalking ada la satu segmen ni and watif decide tok join segmen ni..

 

 picit SINI kalau nak join
 tarikh last boleh join ialah : 17 April 2012


notatangan : harap-harap nanti boleh join lagi banyak segment yang di buat oleh rakan blogger yang lain.. =) support antara satu sama lain..




--DONE--








a w a t i f a z i z i

sudah cukup sudah by Nirwana band

 assalamualaikum dan selamat petang semua...

hari ni nak kongsi satu lagu dari negara seberang. kalau dari negara sebelah sekalipun but karyanya bagus why not kita sokong kan. bukan bermaksud watif tak sokong music tempatan tapi masih mencari lagu tempatan yang sedap didengar oleh telingaku ini. tak tahu lagu ni masih baru atau tidak but selalu juga dok dengar kat radio, so harap korang semua enjoy dengar lagu ni ok!

Sudah Cukup Sudah ini meceritakan tentang orang yang sudah berulang-ulang kali disakiti namun masih tetap sabar untuk mempertahankan hubungan cintanya, namun kesabaran itu ternyata tak bererti langsung. Hingga akhirnya pintu hatinya tertutup untuk membuka cinta dari orang yang telah meyakiti hatinya. 
 
 
 

 ini adalah keseluruhan lirik lagu ni..


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

ini sahaja untuk pada cuti umum hari ini =)




 --DONE--








a w a t i f a z i z i

April 9, 2012

Perempuan atau lelaki - sebijak mana kamu jauhi skandal???

assalamualaikum...

hari ni macam nak cerita tentang satu topik ni. tadi jalan-jalan dekat blog-blog member dan ada la satu article yang sangat-sangat menarik perhatian watif untuk baca dan memberi ulasan tentang topik berkenaan.mesti korang dah tau kan topik apa. jeng jeng jeng.



kepada pasangan yang bercinta kat luar sana tu. tak kesah la dalam status dalam fb in relationship ke married ke complicated ke kan yang penting kepada yang berpasangan, ayat di bawah ni mesti agak biasa kan bagi korang : 

"Ish. Sayang ni, Bie  dengan dia takde apa-apa la. Dia kawan je. Kami ambik gambar berdua bukan ada maksud lain pun. Sayang ni jelous tak bertempat la."

 atau

G : haa. abang keluar dengan siapa tadi???

B : abang keluar dengan kawan.

G : laki ke pompuan???

B : pompuan, tapi kami kawan je sayang".


hermm. macam mana akak-akak dan adik-adik sekalian???pernah tak dengar ayat yang macam di atas tu??waktu macam ni lelaki selalu cakap "abang kawan je la, bukannya ada pape pon, jangan nak cemburu buta boley tak??!!"

haa amek kow, kan dah kena cemburu buta. sebagai lelaki korang kena faham yang sifat cemburu ni memang sifat azali bagi kaum wanita. tambah lagi bila orang yang dia sayang rapat dengan perempuan lain. tapi, memang cemburu buta tu salah dan sebagai lelaki yang "yakinnya" berada di pihak yang benar, bagi tau la kat wanita tersebut jangan terlalu cemburu tapi ingat guna soft approch ok! dan terpulang kat wanita tersebut mahu percaya atau tak..

nak elakkan cemburu buta kaum wanita ni senang je wahai kaum adam sekalian, haa kalau nak elakkan cemburu buta, kena la elakkan skandal dulu. bukan nak cakap orang lelaki je yang ada skandal saya yakin pompuan pun ada jugak tapi ni la jalannya iaitu elakkan skandal tak kira la bagi pihak lelaki atau perempuan.

tapi sayangnya ramai diantara kita yang tak bijak. terus melayan semua orang baik lelaki mahu pun wanita. dan ada diantara mereka ni yang tak nak menjauhi skandalnya, tiap-tiap hari msg, tiap-tiap hari call, tiap-tiap hari jumpa. dia buat macam kekasih lak kan. dengan kekasih pun tak sekerap tu call, msg, apatah lagi jumpa. mereka semua ni menggunakan lesen :

"Dia tu kawan jer, takkan itu pun salah kot."

haa dan kalau nak yang lagi super duper advance :

"Ala skandal jer, takkan itu pun salah"

Dah la hangpa dok melayan orang lain. Pastu hangpa nak dia faham. Kalau dia still cemburu jugak, hangpa kata dia tak memahami pulak. Pergh, kejamnya dunia ini, eh silap, dunia tak kejam tetapi manusia yang kejam. Sebenarnya, sedar atau tak statement hangpa semua tu dah menyeksa hati pasangan hangpa secara tak langsung.

haa macam mana??jangan terkejut tapi itulah realitinya. ramai pasangan yang bergaduh besar tentang perkara macam ni, lelaki yang tak reti nak elak skandal dan perempuan yang tak habis-habis cemburu buta seterusnya hubungan retak dan break off.

untuk yang tak faham la perbezaan antara skandal dan kawan ni, haa skandal tu lebih kepada berhubungan dgn seseorang yg boleh dtgkan fitnah kepada kita. mana yang hebat tu, kawan pon boleh jadi skandal dia.

Berapa bijak anda semua jauhi skandal? Ukurlah sendiri. Jangan hanya tau salahkan pasangan kuat cemburu, kalau kamu sendiri tak pandai jauhi skandal! ingatlah walau pun kamu mendapat pasangan yang tak mudah cemburu bukan bermakna dia tiada hati dan perasaan.



 notatangan : saya punya hati dan saya punya perasaan, maka jagalah ia sebaik mungkin.




--DONE--






a w a t i f a z i z i

prefer long distance relationship

asaalamualaikum...







--DONE--







a w a t i f a z i z i

April 5, 2012

i need you and i mean it

assalamualaikum...

baik lah, saya tak tahu macam mana nak mula. tapi saya rasa untuk dua tiga hari nie saya macam sedikit diabaikan (okeh sebenarnya banyak..huhu) jiwa saya kosong. awak tahu kenapa? sebab saya dah serahkan semuanya dekat awak.

saya tahan air di tubir mata ni untuk tidak merembas keluar tapi saya tak kuat awak..saya tak kuat..walaupun di mata awak saya nampak kuat tapi hakikatnya saya lemah dalam hal melibatkan perasaan..saya tak mintak banyak pun awak, saya cuma minta sedikit waktu daripada hari-hari awak untuk bersama saya..perasaan saya kadang-kadang mengatakan tentang hal *%#$@&*! tapi saya terpaksa berfikiran positive.

hanya awak yang selalu menjadi pendengar setia untuk saya.. terima kasih untuk itu, tapi saya sedar awak tak pernah bercerita kepada saya tentang masalah awak kan???asyik masalah saya je yang selalu menyesakkan fikiran awak tu..maafkan saya sebab terpaksa semakkan kepala awak dengan masalah saya.

kalaulah awak dapat rasa apa yang saya rasa. entah. susah nak terangkan. susah nak bagi awak faham. bila tiba part tu, saya dah mula kelu. taktahu nak jelas macam mana supaya awak faham. kalaulah saya boleh bagi hati saya pada awak.(sedikit pun jadilah). janji awak dapat rasa apa yang saya rasa. tapi tak boleh kan kan kan? saya harap sangat boleh.

seyesly, saya amat percayakan awak. rasa jeles mungkin makin berkurang kot (tapi saya rasa macam makin kuat..huhu).bukan sebab berkurangnya perasaan sayang, tapi tingginya tahap kepercayaan saya pada awak.tolong la jangan curang dan mainkan perasaan saya dan saya dah nekad, awak adalah yang terakhir. saya tak pernah main-main dalam hal yang melibatkan hati dan perasaan.

perasaan cinta, kasih dan sayang bukanlah kuantiti fizik. ia tidak boleh diukur, ditimbang dan dikira. tak ada unit yang boleh menunjukkan betapa panjangnya, betapa beratnya, betapa banyaknya kasih dan sayang saya pada awak. saya pun tak boleh nak luahkan betapa saya sayang awak. kalaulah kasih sayang itu boleh ditimbang, saya boleh katakan kepada awak " kasih sayang saya pada awak bertambah nampulohpatkilogram setiap saat" atau "rasa cinta saya pada awak meningkat dari paras lima meter kepada lapan meter" dah melebihi paras bahaya tuu tapi realitinya, ia tidak boleh diluahkan begitu. saya harap awak faham.


notatanganketulusan hati hanya boleh dilihat dengan hati juga. mata boleh berbohong tetapi hati tidak. awak dah cukup matang untuk menilai semua itu. kadang-kadang apa yang awak lihat, awak tengok, tak seperti yang awak rasa, awak agak, awak teka. percayalah. hati saya untuk awak. dan hanya awak :)




mood  : kucar kacir
current song : sudah cukup sudah by nirwana band


 --DONE--



a w a t i f a z i z i

March 19, 2012

saya nak cincin macam ni boleh???

assalamualaikum...


amboi tengah-tengah exam pun sempat lagi kan nak update blog...haha..LAW dah lepas sekarang ni tunggu FIN pulak..harap-harap semua nya berjalan lancar insyaallah..doakan watif tau..even sekarang ni nak amek mood study tapi laptop pulak yang di buka...awaktif awatif..lepas tu di google pulak gambar lisa surihani yang kawen hari tuu..macam-macam...

bila dah di google tuu ada pulak la yang berkenan di hati..haha..mesti MIA daa takot kan apa lak yang awatif ni nak mintak..hehe xde apa pun yang nak di minta sebenarnya tapi saya nak cincin macam lisa surihani tuu boley???lawa sangat empatpulohkali...haha


nah dari dekat uoollssss...

gambar ihsan mr. google

cantik sangat kan...design lain dari yang lain, simple je but nice..

MIA boleh tak???hehe...

 jom layan gambar honeymoon mereka kat Zurich...main salji yer kamu-kamu...






 --DONE--



 ***


"aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam diri mu,
hilanglah cintaku pada mu."


 ~Imam Nawawi~








a w a t i f a z i z i

March 15, 2012

Cerita atau Hikayat....

assalamualaikum...


ehem2...ekceli tak tau nak tulis apa sebab daa stuck dengan idea but try jugak tulis..nie la faedahnya bila daa lama tak menulis asyik dok blogwalking je tulisnya tak nak..hehe..biasa la bila daa jumpa blog yang berkenan kat hati mesti nak selalu singgah dan baca right???huhu...


sekarang ni sebenarnya tengah penghabisan study week dan gap dengan paper adalah selama 14 hari..perghh lama kan tapi haram nak study..huhu..hari sabtu ini adalah first paper iaitu LAW. semalam masa nak datang bangi mama dengan adik2 yang hantar kat stesen bas...waktu peluk mama daa nak nangis daa pas tu waktu mama wish good luck for your final lagi laa nak nangis...takoooootttt sangat kalau tak boleh puaskan hati mama tambah lak bila mama MIA pun cakap buat betol2..maaa watif takottt kalau tak boley puaskan hati mama-mama sekalian...huhu..tengah taip entry ni pun macam nak nagis je or daa nangis sebenarnya..huhu

next, sekarang ni MIA tengah cuti....wah wah wah bestnya dok kat umah kat...semalam gak waktu on call ngan MIA, dia boley cakap "sampai hati awak tinggal kan saya untuk duaminggu" diulangi duaminggu...hehe..pada hal awak tinggal saya jap agi tigabulan diulangi tigabulan...fuhhh lama kan, ini tidak adilllllll, belayar la dua minggu gak..hehe..macam syarikat kapal ko lak kan awatif, sesuka hati je..

waktu MIA sampai KL kami keluar jenjalan dan dapat hadiah sebentuk cincin lagi daripada MIA..thanks and i like it so much.. ini cincin keempat yang awak bagi kat sana but saya tak penah bagi pun kat awak dengan harga yang sekali tengok boley juling mata saya nie awak...tapi even saya bagi benda yang takde mahal mana pun but awak still hargainya...thanks sayang...

the next day MIA kat KL kami keluar dengan along MIA best sesangat jenjalan tak hingat dunia uollss...hehe..bayangkan sampai sakit kaki ni dan bila dapat duduk perghhh nikmat dunia waa cakap luu...hehe..thanks MIA dan along sebab sudi keluar sesama dan thanks untuk MIA lagi sekali sebab dia daa jadi banker bagi watif dan along pada hari tuu...sayang ketat-ketat.hehe 

hari tuu waktu balik cuti study week balik sama-sama dengan MIA...dia tunaikan janji at least pernah balik sama-sama even sebenarnya waktu raya tahun sudaa janjinya...tapi takpe at least awak dah tunaikan janji awak...thanks dear...

balik KB lak selalu gak keluar dengan MIA..asyik nak berkepit je kan..ehem2 maklumla tak selalu jumpa ..hehe..waktu keluar jenjalan tuu bawak sekali dengan adek MIA yang twin tuu Ita dan Ina..first2 susah nak ingat nama sebab nama mereka dekat-dekat tapi sekarang ni alhamdulillah daa boley kenal even tengah on call sekali pun..hehe..

waktu kat KB MIA usahakan agar segala apa yang watif nak semua direalisasikan..nak makan itu dia pergi beli nak makan ini dia pergi ambil, nak itu dia beli nak ini pun dia beli tapi satu je tak dapat lagi air honey lemon kat hayaki tuuu...saya nak minum air tuu. boley bawakan ke tak sayang???hehe..nak kena cepuk je si awatif ni kan.


waa panjang pulak kan entry pada hari ni. maklumla daa lama tak menulis tapi bila dah menulis ni idea lak mencurah-curah macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum maka jadilah koko krunch..wakaka

cukup lah sampai kat sini je insyaallah nanti akan ada entry yang bakal menyusul pulak nanti..


--done--


mutiara kata hari ini :

ucapkan terima kasih kepada mereka yang menjatuhkan anda
kerana mereka telah menjadikan anda lebih gagah untuk bangun sendiri
ucapkan terima kasih kepada orang yang mengecewakan anda
kerana mereka telah mengajar anda erti hampa
ucapkan terima kasih kepada orang yang menunding jari kepada anda
kerana mereka menjadikan anda lebih matang dan kuat
terima kasih terima kasih terima kasih





 p/s : khas untuk MIA

awak,
saya amat berharap suatu hari nanti, awak akan jadi suami saya yang sah. suami yang boleh saya belai tanpa rasa bersalah, yang boleh bimbing saya ke jalan syurga. INSYAALLAH. saya selalu mengimpikan untuk menghabiskan sisa hidup dengan awak. hanya awak. and, jika ianya menjadi kenyataan, hari itu akan menjadi hari yang terindah dalam hidup saya.





a w a t i f a z i z i

January 20, 2012

Wishlist

assalamualaikum...dan selamat hari jumaat semua...

fuh fuh..daa berhabuk daa blog cyg nie..huhu..siyesly daa lama sangat x update blog dan tak blogwalking...hari nie baru la berkesempatan nak update dan bw tuu pun pinjam broadband member...(thanks aina cz bg pinjam...hehe)

okeh cayang-cayang watif sekelian alam..back to tiltle..apa yang cik watif nie wish sangat kan..ntahla sekarang nie rasa macam teringin sangat (ayat "teringin" tuu ditekankan) nak bunga..haha...meraban apa kan tengah2 hari nie mintak bunga...haha...ada saya kesah...haha...but fresh flower ok..(ish demand..)suka la tengok orang dapat bunga...kita pun teringn jugak (sekali lagi ayat teringin tuu ditekankan) huhu..

bila cakap je isu nie kan MIA lak siap bley tanya kat mana ek kedai bunga kat sini..ish..nak berasap je rasa huhu..tapi nak buat macam mana kan redha je la...

jom kita layan picha bungayang watif suka nak???(kalau tak nak pun kena jadi nak jugak...hehe)

picha credit to mr. google

yang nie ranking no 3 la..watif suka bunga lily especially lily putih...

picha credit to mr. google
okeh...yang nie kalau dalam ranking tuu no 2 laa..hehe...kalau bunga ros watif suka ros putih dan pink..kalau merah tuu kurang suka sikit laa...
yes...jeng jeng jeng...
no 1 jatuh kat 99 white rose..

picha credit to mr. google

siyesly watif suka gler (kalau baca ayat nie sila bulatkan mata anda...haha) bunga ros putih..masalahnya sekarang nie ada ke orang nak bagi sampai 99 kuntum kan??? 

MIA can you ??? pleaseeeeeeeeeee....hehe


--DONE--












a w a t i f a z i z i