September 18, 2011

Surat Kepada Bakal Suami


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai awak. Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Kalau awak tak sihat, awak pergi la jumpa doktor. Saya jauh nak tolong jadi doktor tak bertauliah untuk awak. Maafkan saya oteh! Sebenarnya, tujuan saya tulis surat ini adalah untuk menyatakan isi hati saya kepada awak. Saya harap awak baca luahan hati saya ni. Baca sampai habis tau!

Bakal suami yang di cintai...
Pertama sekali ingin saya nyatakan mengenai diri saya sendiri. Saya akui saya ni kurang mahir untuk memasak. Kalau setakat goreng- goreng tu pandai lah. Campak- campak je dah siap. Tapi kalau nak buat masakan berkuah tu, agak kronik sikit la. Bukan apa, takut nanti saya yang masak, saya yang sendiri makan. Tu pun belum tentu habis. Saya harap sangat awak dapat terima kelemahan saya yang ni.

Tapi saya ada berita gembira untuk awak. Sejak akhir- akhir ni, setiap kali saya balik rumah saya pasti akan belajar memasak. Setakat hari ni saya dah reti buat nasi ayam sesedap masakan mak saya awak tahu tak. Ekceli, secara teori je la. Mesti awak bangga dengan pencapaian saya kan? Ohh lupa nak cakap. Saya balik rumah 2x je dalam 6 bulan tu. HeHeHe.

Bakal suami yang di sayangi...
Saya tahu semenjak dua menjak ni terlalu ramai yang mempertikaikan mengenai harga hantaran yang tinggi tu, terutamanya golongan lelaki. Harga hantaran yang mengikut pencapaian akademi seseorang perempuan tu la. Haaaa.. Yang tu la. Mesti awak tahu kan. Dan sebagai seorang yang bakal memegang segulung diploma,insyaallah mengikut perkiraan, saya layak untuk mendapat RM7, 000 hingga RM 12, 000. Kalau tak silap saya la kan.yeala..ni baru peringkat diploma..kalau saya cakap tunggu sampai ke Phd kesian kat awak kan..huhu

Sebenarnya saya kadang- kadang naik geram jugak dengan sesetengah lelaki yang menyatakan bahawa kalau seseorang perempuan tu bijak dan memegang segulung sijil PHD sekalipun, tapi memasak pun tak pandai baik tak payah letak harga hantaran yang tinggi- tinggi. Lelaki nak berkahwin dengan perempuan yang pandai masak, bukan sijil- sijil akademi yang perempuan ada.

Haaaa.. Tu kata- kata sesetengah lelaki la, bukan awak kot. Awak baik kan? Tapi kalau awak pun macam dorang, mai saya nak cakap sikit.. Awak, awak. Kalau saya tahu awak nak berkahwin dengan perempuan yang pandai memasak, pandai kemas rumah segala bagai, SUMPAH awak! SUMPAH saya tak kan susah- susah belajar sampai sekarang. Saya duduk rumah, belajar memasak 24 jam lepas tu saya tunggu awak pinang saya. Betul ni. Saya tak tipu awak pun. Kalau mak saya paksa saya pergi ke sekolah pun saya akan jawab.. "Emak! Suami saya suruh belajar memasak! Bukan belajar sampai dapat ijazah!"

Tapi saya ada berita baik. Sementara saya tak dapat segulung Phd lagi ni, mai la pinang saya. Mungkin hantaran tu boleh dikurangkan sikit. Sikit je la sebab tahun ni pun saya dah part 3. Tahun depan tahun last. HaHa.

Bakal suami yang di kasihi...
Ok awak. Saya tahu memang silap saya sebab saya ni ada banyak sangat kelemahan sebagai seorang perempuan sejati a.k.a perempuan melayu terakhir. Saya tahu saya ni bukan perfect mana dan memang tak layak menjadi seorang perempuan idaman. Nak- nak bila awak tahu saya ni tak berapa pandai masak. Saya tekankan kat situ, TAK BERAPA PANDAI ok, BUKAN TAK PANDAI LANSUNG.

Saya tak kisah kalau awak nak demand bagai. Awak nak itu, awak nak ini dari saya. Serius saya tak kisah. Saya boleh berubah awak. InsyaALLAH, saya akan berubah. Ni pun saya dah berubah tau. Kalau dulu, lagi saya teruk. Errr.. Maksud saya, agak tomboy sikit la. Sekarang ni kira dah jadi perempuan semula. HeHeHe.

Cuma satu je yang saya pinta dari awak kalau awak nak demand bagai. Adakah awak cukup perfect untuk mendapatkan seorang perempuan yang perfect? Adakah awak cukup sembahyang 5 waktunya? Adakah awak pandai membaca segala doa ringkas yang kita amalkan setiap hari? Adakah awak memegang dan membaca Al- Quran setiap kali selepas solat, atau paling kurang selepas solat Maghrib? Adakah awak membaca surah Yaasin setiap kali hari Khamis malam Jumaat? Adakah awak layak di gelar pemimpin dalam sesebuah keluarga? Oooo.. Baru saya perasan, ini bukan satu, ini dah lebih. HeHeHe.

Saya harap awak fikir semula mende ni kalau awak nak pinta saya menjadi seorang yang perfect juga. Andai kata awak memang dah selayaknya menjadi seorang pemimpin dan mengimamkan solat saya, insyaALLAH awak, saya akan cuba untuk berubah. Saya sehabis baik akan jadi seperti yang awak pinta. InsyaALLAH.

Bakal suami yang tidak pernah di lupai..
Ok la. Sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ni. Eh.. Kali ni? Macam ada surat lain yang akan menyusul pulak kan? HeHeHe. Jangan marah ea bakal suami. Andai ada silap dan salah saya, saya menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf. Apa? Tak cukup lagi? Ok! Ok! Tambah sepuluh lagi jari kaki saya, saya memohon ampun ok awak. Sekian Wassalam..... ^.^v






--DONE--






p/s : creadit to bella




a w a t i f a z i z i

No comments: