March 20, 2011

kepada bakal suamiku...

assalamualaikum..

daa lme x update blog...selama nie jd silent reader jew...biasa arh xdew mood nk tulis..t lau tulis gak n3 jd ntah papew jew...so skg nie came out wif new n3.

kepada bakal suami watif, adew warkah untuk mu..

assalamualaikum..kepada bakal suami watif yg berada di depan lappy skg nie(mesti la kan depan lappy lau x dyer x ley bce lak..haha)nie adew n3 khas tuk awk tau..bce ek jgn x bce lak..

pertamanya saya ingin katakan pada awak bahawa bukan harta yang saya cari, bukan pangkat yang saya kejar. saya cuma ingin mencari seseorang yang mampu membimbing saya dan mampu mengajar saya. saya cuma insan lemah dan saya punya banyak kekurangan. saya ingin awak tahu, yang saya tak kisah kalau awak tak sekaya Bill Gates atau Donald Trumph. Cukup sekadar kalau awak mampu memiliki sebuah kereta untuk kesenangan bersama. saya juga ingin awak tahu, saya tak kisah kalau awak bukan bos di syarikat-syarikat besar. Cukup sekadar awak mempunyai kerja halal yang mampu bagi kesenangan kepada kita nanti.
saya juga tak kisah andai awak tak miliki sebuah banglo mewah. Cukup sekadar rumah yang memberi keselesaan kepada kita dan mungkin 5 anak-anak kita (teeettttt...hihihi..terlebey sudaa). saya juga ingin awak tahu yang saya bukan seperti chef di kaca tv. saya belum pandai menyediakan pelbagai jenis masakan untuk awak. saya sedang dalam proses pembelajaran. Sesungguhnya saya tidak sesempurna insan lain. saya tak secantik wanita lain di luar. saya tak sebijak mereka dan saya tak pandai bergaya. saya cuma ingin awak menerima diri saya seadanya.

saya harap,awak seorang yang rajin membantu saya di rumah walaupun saya tahu awak mesti penat sebab kerja. Cukup sekadar awak tolong kemas rumah atau basuh kain baju. saya taknak, awak persoalkan segala kekurangan saya sesudah kita diijabkabul. saya terima awak seadanya dan awak kena terima saya seadanyasaya nak awak sentiasa disisi saya bila saya perlukan teman dan bila saya dalam kesedihan.

Siapalah diri ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi saya juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya ke arah tuju yang satu. Tidak perlu awak memiliki wajah setampan Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat saya terpikat.Andainya jodoh kita yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati saya dan juga hati awak bila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Seandainya awak memang tercipta untuk saya,bimbinglah saya, didiklah saya. Andai saya terkasar bahasa atau terlanjur kata, tegurlah saya dengan berhikmah.

Ya Allah seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi..

sekian
wassalam








p/s : Janganlah kau pernah mencari orang
 yang sempurna untuk kau cintai 
Namun carilah orang yang
 pantas untuk kau cintai
 Lalu cintailah dia dengan
 cinta yang sempurna...





ikhlas drpd bakal tulang rusuk kirimu..

a w a t i f a z i z i

2 comments:

Pre-eminent said...

gilerrrrr la

Awatif Azizi said...

mana adew gler...
biasa2 jew incik zainul oii...hehe