December 29, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

 assalamualaikum...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. 

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. 

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??







notakaki : sesal dulu pendapatan sesal kemudiaan tidak berguna...(ada kaitan tak pantun nie??ermmm..huhu )





 diperoleh dari






a w a t i f a z i z i

December 27, 2011

Menyesalnya kahwin...

assalamualaikum dan selamat pagi...

 jom kita baca satu cerita nie...sekadar berkongsi...

 "Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama
sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..




Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, 
nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.



Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang 
tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli.
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol 
brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..


Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia 
masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, 
kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh 


buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel 
melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju 
sendiri..Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam 
dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!!Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. 


Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah 
ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang
kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmmsejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turunnaik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini lapentingnya cari isteri yang solehah!

“Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana marah kalau abang tido lambatBoleh la abang bangun awal-awal pagiThen kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,ayang cubit je pehe abang ,abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana jaga makan minum abangTengok skarang abang da nak gemok daTakde la kurus je macam mula2 kawin dulu..Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?Jangan bimbang atau ragu okeh,Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercintaTerima kasih kerana tolong iron baju abangSebab abang memang allergic sket bab iron2 bajuJangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam duluRambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjangHidup terurus,amal pon terjaga, badan pon berisi juge”Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!"




 notakaki : erm..agak2 nak kawen awal tak???



 diperoleh dari


a w a t i f a z i z i

December 21, 2011

Dream House

assalamualaikum
okeh..malam nie rasa macam nak tulis someting lak..huhu..hati dan fikiran sangat2 celaru dikala waktu ini (ayat agak dramatis yerr kat situu..huhu) so nak tenangkan perasaan ni kena la tengok benda-benda yang comel-comel dan memulakan awan angan-angan atau dengan nama lain jom kita berangan...haha..watif rasa ni pun bleh jadi salah satu terapi kan? tapi kena la ada limitnya betul tak???

okeh macam title kat atas tuu..hehe...DREAM HOUSE atau rumah idaman..ermm...watif tau mesti semua orang pernah tulis pasal rumah idaman kan???betol tak???waktu sekola dulu2..hehe...tapi yang watif buat malam ni kira advance sikit sebab boleh letak picha contoh lagi..haha..jom kita check it out...wakaka...


okeh..kita mula dengan bahagian luar dulu..hehe...watif suke rumah yang simple je..halaman kena ada la jugak kan sebab watif suka lau ada landscape..pokok-pokok hijau kat luar rumah atau ada mini waterfall pun kira oke gak..hehe..xpun letak je gazebo satuuuuu kat halaman luar...haha

ini pula untuk bahagian anjung luar...watif suka kalau rumah ada anjung macam ni...best nak lepak-lepak dengan family..minum petang sama-sama ngan family..

seriously i love this bedroom...watif paling suka part katil tuu..fuhhh...tapi kalau dapat yang warna putih macam kat ikea tuu pun cun jugak...hehe...warna pun tenang je lembut sangat-sangat sesuai la untuk bilik tidur...decoration pun simple je but nice...

next is bathroom..fullamakkkk....cantik kan..kalau la dapat bilik air mcm nie maunyer x kuar kan...haha

yesss...living room ni sangat cantik and i like it...hehe..especially sofa tuu...fuhhh...cantik kot... :)

haaaa....botak la kepala laki ko watif weii kalau ko nak kitchen macam nie...huahaha...so, selepas di godek-godek jumpa laa...
.
.
.
cantik kan..kemas dan simple...harap-harap dapyr ni akan jadi dapur mampu milik suatu hari nanti...haha...nasib laa badan...huhu...

kalau korang sumer perasan rumah nie ala-ala english style kan...haaaaa...watif memang sangat-sangat minat english style...haha...


mcm mana la rumah idaman korang ek..


---DONE--




notakaki : kepada bakal suami watif tu agak-agak boleh tak kalau sy nak rumah mcm nie??? plizzzz :)





a w a t i f a z i z i

December 16, 2011

Nikah Khitbah

 assalamualaikum...

okeh..selamatpagi sumer even matahari daa nak mencacak kat atas kepala kan...huhu..tadi tengah ronda-ronda kat fb jumpa la member post pasal nikah khitbah..korang sumer tau tak apa itu nikah khitbah??okeh kalau ada yang still blur tuu jom kita baca kisah nie..


***

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
 
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
 
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
 
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
 
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
 
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) 
 
kalau boleh marilah kita sama-sama menghidupkan kembali nikah khitbah ini..tak salah berbuat sesuatu yang mulia demi agama kita kan???





 --DONE--




 p/s : rasa macam nak nikah lak...hihi..amboi gatainyer..bley tampo laju-laju sekarang!!!hehe...






a w a t i f a z i z i

December 15, 2011

Kawan dan Lawan

 assalamualaikum...

Hidup ini sukar untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa kita dekat dengan seseorang..
namun sebenarnya kita jauh..
walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia,
belum tentu kita dapat selami hatinya..

mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tidak pernah tahu apa makna sebalik senyumannya..
bila si dia menangis,kita ingat kehadiran kita dapat menenangkannya..
walhal kehadiran kita hanya menambah hiba..
rencah dunia..
kita takkan tahu siapa kawan dan siapa lawan..
sampailah suatu ketika bila kita tersungkur..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau menambahkan bebanan..



 --DONE--




p/s : renung-renungkan dan selamat beramal... :)









a w a t i f a z i z i

December 4, 2011

Review Ombak Rindu

 assalamualaikum...

okeh...sekarang nie ramai yang update status kat facebook tentang ombak rindu right???(termasuk la saya jugak..hehe) cerita tuu memang best..sangat-sangat best...ini betol2 bukan cobaan tau...memang lakonan sangat mantap dan menjadi antara pelakon-pelakon dan watif terkejut jugak dengan lakonan lisa sebab nampak macam sangat real dan kalau maya dan aaron tak yanh nak cite la kan memang semua ornagdah tahu yang mereka adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik..kalau disuruh untuk bagi berapa bintang untuk cerita ni watif nak bagi beribu-ribu-ribu bintang...tak rugi tau tengok cerita ni..


romantik sangat mereka berdua nie okeh...

dugaan datang jua...meleleh la gak air mata waktu ni kan..

ada ke orang yang nak bahagia di atas penderitaan orang lain???


redha dan pasrah adalah berbeza
redha itu ikhlas dan pasrah adalah menyerah...





 --DONE--







notatangan : rasa macam nak tengok lagi sekali cerita ni...ada siapa-siapa nak belanja tak??hehe...









a w a t i f a z i z i

November 30, 2011

Anniversary ( jom share cara korang raikannya )

assalamualaikum...

tengah wat pew agaknyer korang kan waktu petang2 macam nie...huhu...daa lame gak rasanya x update entry...daa berhabuk agaknya kan???erm..sabo je la...

okeh..back to title kat atas tuh..anniversary atau pun ulang taun...x kesah laa couple ke pertunangan ke kawan ke atau pun perkahwinan...bagi korang kan apa yang korang akan buat pada hari tersebut...adakah korang akan sambut atau pun just wish kat phone je..ermmm...huhu..

kalau korang sambut apa yang korang akan buat pada hari tersebut??
jom share...



--DONE--




a w a t i f a z i z i

November 12, 2011

Muhasabah Cinta

assalamualaikum....

ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿

(●̮̮̃•̃)/●̮̮̃•̃\
/█\. /█\
.Π.--.Π...
JANGAN bergurau sembarangan dengan HATI PEREMPUAN.
mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hatinya mudah TERUSIK
Jangan menyentuh jika BELUM HALAL BAGINYA...

 ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿ღ.´¯`•..•´¯`.ღ✿

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MUHASABAH CINTA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

 Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkilan   
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis   
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata   
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati kita.. 
renungkanlah...











 sumber : mukabuku





a w a t i f a z i z i

November 3, 2011

"Meriahnya Segmen 11.11.11"

 assalamualaikum

malam-malam nie rasa macam nak join segment je..so segment yang akan watif join ialah segment
 
"Meriahnya Segmen 11.11.11"
 
 
 

kepada siapa-siapa yang nak join boleh picit SINI 
entry yg watif rasa best ialah INI


"KEEP ON SMILING"




 --DONE--









a w a t i f a z i z i

Lelaki Macho Bila...

 assalamualaikum...

erm..puh puh..lme gak asenya x update blog nie..hehe..padahal baru berapa dekat kan..uuwaa..okeh back to title key...
ada satu hari tuu tengah tengok tv dengan my mama and ada la seorang pelakon lelaki nie boleh laa nak dikatakan macho..xmo sebut laa kan sapa..hehe..pelakon nie pakai kain pelikat and baju melayu..

my mama said "haa..macam tuu laa baru nampak macho...pastu pkai lak kopiah..nampak suci je muka dia..haha" pastu kita org bantai gelak ramai2...

 sejuk mata tengok kan...

hehe..pastu plus2 kalau lelaki tuu pakai spec lak..tambah la ensem..tak kesah laa spec gerhana ke spec yang biasa-biasa je ke kan..yang penting watif suke...hehe...fullstop!! lau tak caye meh kte tengok...

haa...ensem kn aaron pakai spec gerhana...hehe..

nak bagi contoh ashraf muslim jugak kan...haha..
ensem tak ensem tak???


apa lak pendapat anda sumer tentang lelaki macho nie???hrmmm....


 sumber picha : ihsan enchik google...


--DONE--








 p/s : saje je suke2






a w a t i f a z i z i

Bertudung Pun Masih Cantik

 assalamualaikum

erm..sekarang nie kan ramai artis-artis yang dah berhijrah ke arah kebaikan...alhamdulillah..seronok tengok kan..yang dah cantik tuu makin laa bertambah-tambah cantik jadinya...

tengok...makin cantik and makin berseri-seri...

sape tak kenal irine nadia kan???
bertudung pun masih boleh bergaya tau...tapi hendaklah bersesuaian tau..


suka tengok orang lawa-lawa nie..hehe...

--DONE--












 a w a t i f a z i z i

October 23, 2011

Awak...boleh saya bertanya dan bercerita???

 assalamualaikum...

amaran..ini adalah entry jiwang..huhu..kepada siapa2 yang tak suka sila abaikan..haha...
Awak...boleh saya bertanya???

adakah awak terfikir tentang saya ketika awak berada di sana?tidak terlintas ke nama saya, rupa saya, kasih sayang yang saya berikan ketika awak jalani hidup awak seharian di sana?ingatkah awak akan kenangan manis kita bersama?

Awak...boleh saya bercerita???

saya rindu awak...saya sentiasa ingat awak...saya selalu cakap kat awak yang saya rindu awak dan harap awak faham yang saya betul2 rindukan awak...dan tanpa saya sedar air mata jernih mengalir di waktu saya teringatkan awak.

Awak...boleh saya bertanya lagi???
bahagiakah awak disana? gembirakah awak di sana? senyumkah awak di sana? tawakah awak di sana tanpa saya?erm..awak tak lupa saya kat sini kan???

Awak...boleh saya bercerita lagi???

saya sayang awak tau...sayang sangat...awak buat saya jadi diri saya bila bersama awak..ingat lagi tak ayat nie?? saya bahagia sangat bila dengan awak..saya tak kesah apa orang nak cakap pasal diri awak, rupa awak, kerja awak dan sebagainya sebab saya kenal sayang saya...terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan buat saya rasa bahagia, gembira dan yang sewaktu dengannya...ehem2..saya harap awak boleh terima diri saya seadanya saya sekarang ni...





* maaf andai terover...sekian...



p/s : ketika menghasilkan enty nie 
mood dalam keadaan jiwang karat..hehe..








a w a t i f a z i z i

October 21, 2011

'Shiema Sufian ajak menjelajah'

assalamualaikum...





wahai penduduk kampung!!! shiema ajak pergi menjelajah...

apa lagi..jom laa join sama..

picit SINI

















a w a t i f a z i z i

jom cuba

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.






*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.








a w a t i f a z i z i

October 3, 2011

a real boyfriend is....

When you break her heart
[ the pain never really goes away ]


When she misses you
[ shes hurting inside ]


When she says its over
[ she still wants you to be hers ]


When she reposts this bulletin
[ she wants you to read it ]


When she walks away from you mad
[ Follow her ]


When she stare's at your mouth
[ Kiss her ]


When she pushes you or hit's you
[ Grab her and don’t let go ]


When she start's cursing at you
[ Kiss her and tell her you love her ]


When she's quiet
[ Ask her what’s wrong ]


When she ignore's you
[ Give her your attention ]


When she pulls away
[ Pull her back ]


When you see her at her worst
[ Tell her she's beautiful ]


When you see her start crying
[Just hold her and don’t say a word ]


When you see her walking
[ Sneak up and hug her waist from behind ]


When she's scared
[ Protect her ]

When she lay's her head on your shoulder
[ Tilt her head up and kiss her ]


When she steal's your favorite hat
[ Let her keep it and sleep with it for a night ]


When she tease's you
[ Tease her back and make her laugh ]


When she doesn’t answer for a long time
[ Reassure her that everything is okay ]


When she looks at you with doubt
[ Back yourself up with the truth ]


When she say's that she like's you
[ she really does more than you could understand ]


When she grab's at your hands
[ Hold her's and play with her fingers ]


When she bump's into you
[ bump into her back and make her laugh ]


When she tells you a secret
[ keep it safe and untold ]


When she looks at you in your eyes
[ don’t look away until she does ]

- Stay on the phone with her even if she’s not saying anything



- DON'T let her have the last word


- call her Hot...but Gorgeous or Beautiful is soo much better


- Say you love her more than she could ever love you


- Argue that she is the best girl ever- When she's mad hug her tight and don't let go


- When she says she's ok don’t believe it, talk with her


- because 10 yrs later she'll remember you


- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her


- Call her before you sleep and after you wake up


- Treat her like she's all that matters to you


- Tease her and let her tease you back


- Stay up all night with her when she's sick


- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think its stupid


- Give her the world


- Let her wear your clothes


- When she's bored and sad, hang out with her


- Let her know she's important


- Kiss her in the pouring rain


- When she runs up at you crying, the first thing you say is: "Who's butt am I kicking today baby?"




--DONE--












a w a t i f a z i z i

suka suki

assalamualaikum...

hari ni genap 4 bulan MIA pergi belayar..miss u a lot dear...hrmm..insyaallah lagi dua bulan u nak balik...tak sabar sangat nak tunggu waktu tuu...*cepat la balikkkkkk

"bila dok kat sana tuu jgn lupa kita kat c nie tau.."

hari ni jugak daa 303 days since we have been together...insyaallah esok tak la esok sgt ok erm mlm nie pukul 12.24 a.m. genap 10 bulan bersama dengan MIA..haha...*sampai macam tuu skali kira date...


--DONE--




p/s : doakan semoga kita bersama 
selamanya ayang...
short enrty









a w a t i f a z i z i

September 23, 2011

Ayat Perempuan Yang Lelaki Patut Faham

assalamualaikum...

hari nie luangkan masa untuk berblogwaking pastu jumpa la article ni..ekceli dari laman Tentang Cinta..hehe...so, jom kita bace ek..kepada kaum Adam di luar sana tuu take note okei..hehe..

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 



Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je. 



Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 



Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.



Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.



haa..macam mana???ada bran ker???haha...okeh..untuk kaum adam di luar sana..sayangi pasangan masing-masing..




saya tak mintak awak jadi perfect tapi saya mintak awak buat saya jadi perfect.. 




p/s : suka suki.
creadit to hannafauzan







a w a t i f a z i z i